|
Post by ejamuan on Jul 9, 2019 13:19:53 GMT 8
Tajuk thesis yang menjerut leher sendiri
Saya mencoret lagi kepada masalah pemilihan tajuk master / PhD. Saya telahpun kupas bab pemilihan tajuk yang baik dalam beberapa entri sebelum ini.
Habis kenapa nak tulis lagi?
Sebabnya ramai yang ambil remeh..... dan akhirnya menjerut leher sendiri..... khususnya kengkawan yang buat secara part-time atau yang buat full-time tapi macam part-time atau yang buat part-time secara part-time atau yang paling sadis yang buat part-time then buat derk jer!
Tajuk kajian yang dipilihkan menentukan apa yang akan anda buat sepanjang anda menjadi pelajar master atau PhD. Sekali tajuk dipilih, proposal lulus, sukar untuk patah kebelakang.....kecuali apabila anda tertinggal kunci kereta di restoran mamak.
Terdapat banyak element yang menjadikan tajuk kajian yang baik termasuklah tajuk mesti researchable, significant dll. Namun dari pengalaman saya yang sedikit ini terdapat 3 element dalam pemilihan tajuk yang jika anda tidak ambil kira secara SERIUS, akan mendatang kesukaran pada anda kelak..... iaitu :
1. Anda mesti ada preknowledge / pengetahuan tentang tajuk
Terdapat SV yang mencadangkan tajuk, atas sebab2 tertentu. Misalnya anda kelihatan "blank" tak tahu aper2 atau SV anda ingin latih anda menjadi pakar sepertinya. Malangnya anda tidak mempunyai pengetahuan yang khusus dalam tajuk tersebut, tapi malu nak menolak tajuk SV anda atau takut nak berbuat demikian.
Jadi.....
Apabila SV pakar dalam tajuk anda dan anda lansung tak tahu apa2.....apa sahaja yang anda tulis, pasti tidak sebaik pemahaman SV anda....dan andapun mula takut untuk menulis. Nak short-cut tang manapun SV anda tahu....jadi berkemungkinan akan berlaku conflict dan inferiority complex yang lebih complex dari mana2 shopping complex atau over expectation dari SV anda .....dan akhirnya anda tidak perform.... anda akan sentiasa tertekan......macam paku tekan....
Walaupun tak semua pelajar menghadapi masalah begini, eloklah anda berfikir dan berbincang dengan SV anda semasak2nya sebelum menerima tajuk yang disyorkan kerana yang buat kajian andalah ANDA !!
Juga anda perlu berhati2 dengan perkara baru yang muncul dan kontrovesi untuk dibuat tajuk kajian, kerana anda mungkin tiada pengetahuan dan pengalaman untuk membuat kajian.
2. Personal interest / minat terhadap tajuk
Anda mungkin membaca beberapa bacaan dan terus memilih tajuk sedangkan tajuk tersebut bukanlah minat anda. Anda sendiripun tak pasti apa yang anda minat. Jadi anda belasah aje tajuk yang anda fikir OK....Apa yang berlaku, anda mungkin kehilangan minat untuk teruskan pembacaan, selalu konfius, dan akhirnya terbakar macam fius. Bila ini berlaku, anda kehilangan momentum dalam diri anda.....
3. Sokongan LR
Tajuk anda mestilah tajuk mainstream dalam bidang kajian anda. Bila mainstream maksudnya banyaklah rujukan yang boleh anda perolehi dalam penyediaan LR. Jika tajuk anda sekadar dipinggiran, sampai meraba2 anda mencari LR, dibimbangi minat yang mendalam akan lama2 luntur.... kendur lalu perlahan2 anda akan berundur.....
Saya cadangkan anda berfikir terbalik, cari LR dengan membaca secara intensif dahulu..... baru pilih tajuk yang menepati minat anda, bukan sebaliknya.
Saya analogikan dengan diri saya sendiri..... bagi mudah cerita. Kajian saya bertajuk:
COMPUTER-ANIMATED INSTRUCTION (CAnI) AND STUDENTS' CONCEPTUAL CHANGE IN ELECTROCHEMISTRY
1. Ini tajuk saya sendiri sebab saya ada latarbelakang mengajar electrochemistry. Saya ada pengalaman 15 tahun ajar benda tu. Bak kata orang.... semua kat ujung jari....
2. Tapi saya tak ada pengetahuan dalam animasi, sekadar mengikuti bengkel tetapi ada minat yang sangat mendalam....tak terkata dalamnya....Akhirnya dengan minat tersebut, saya berjaya bangunkan satu prototaip CAnI, dalam tempuh yang singkat sehingga memenangi anugerah dalam satu pameran. Saya bina animasi dengan penuh ghairah.....dan bernafsu.....sehingga.....hilang nafsu makan dan minum....dan lebih kurang sebulan jer siaplah draf animasi saya. Sehingga kini saya telah terlibat dalam 3 research melibatkan animasi dan telah mengumpul 3 medals !!
3. Saya mendapati artikel animasi tidak banyak ketika tahun 2003 terutama dalam pendidikan, tetapi artikel conceptual-change berada dalam mainstream Chemistry Education, yang menjadi teori dalam tesis saya. So saya ambil masa 3 bulan sahaja untuk siapakan proposal dan terus menulis untuk memulakan kajian saya, sudah pastilah dengan bantuan document map dan zero draft!
|
|
|
Post by ejamuan on Aug 6, 2019 11:24:26 GMT 8
JGN BUAT kajian Thesis jika boleh jawab “SO WHAT” ? Kajian diperlukan bila ada isu / fenomena / argument yang menarik perhatian. Bagi memahmi isu tersebut, data diperlukan supaya penjelasan dapat diperolehi yang membawa kepada: a. “contribute to knowledge in that particular issue” b. “add something to knowledge relevance to the issue” c. “advanced the knowledge related to the issue” lalu terus mengundang keperluan kajian2 lanjut. Perhatikan contoh kajian berikut. Kajian pertama sampai ketiga tidak boleh menjawab "So What" dan mengundang kajian lanjut.. sambil adanya contribution to knowledge. Kajian empat... tidak sesuai utk kajian sebab boleh dijangka jawapan "So What"... dan tak jelas contribution kepada knowledge. Sila baca betul2..... Kajian Pertama: Keberkesanan inquiry-based learning strategy dalam pengajaran maths . Contribution to knowledge: Kajian menunjukkan inqury-based strategy memberi kesan positif kepada kumpulan pelajar high achiever berbanding dgn low achiever. So what? Strategy ini perlu dijalankan dgn mengambilkiran latar belakang akademik pelajar... maka kajian lanjut diperlukan utk mencari jalan bagaimana pula teori strategy ini berpotensi pula utk kumpulan2 pelajar – berbeza gender, motivasi, lokasi, berbeza topic pengajaran dll lalu memberikan lebih pemahaman kepada teori yang berkaitan. Kajian Kedua: Pembinaan qnaire utk mengukur tahap ketagihan FB dalam kalangan PG? Contribution: 1. New instrument yang dibina berasaskan construct A, B, C dan D 2. Menunjukkan 4 faktor utama menyumbang kepada ketagihan PG terhadap FB So What? Kajian akan datang boleh menggunakan instrument tersebut utk mendapat pendetailan berdasarkan PG dengan demografi yg berbeza pula yang menumbang kepada pemahaman lanjut dari teori yang digunakan utk membina instrument Mendalami 4 faktor tersebut secara qualitative pula Kajian ketiga: Kajian penggunaan combinasi beberapa catalyst P, Q, R dalam meningkatkan keberkesanan combustion buangan kelapa sawit Contribution: 1. Mendapatkan evident ciri-ciri dan ratio catalyst dan kombinasi yang berpotensi meningkatkan efficiency combustion kepada alam sekitar melalui pembinaan combustion simulation berdasarkan theory effective combusion So What? Kajian lanjut perlu dilakukan utk mendalami aspek perubahan fizikal dan manupulasi variable lain spt pressure dan temperature mengunakan kombinasi dgn ratio yang berbeza bagi meningkatkan lagi cost effective combustion simulation… Kajian Keempat: Contoh isu Smart School (yang sedikit masa dulu yang mengundang perlbagai kajian) Kajian keberkesanan SS dalam meningkatkan kompetensi guru menggunakan ICT. Contribution yg boleh dijangka yanpa perlu kajian: Menyenaraikan 4 faktor utama dalam memastikan perlaksanaan SS disekolah iaitu a. menyediakan makmal computer yang lengkap disetiap sekolah b. menyediakan sokongan teknikal / teknisyen c. membekalkan software setiap subjek d. menyediakan latihan guru yang berterusan Persoalan: Adakah dapatan di atas satu contribution kepada knowledge? Adakah dapatan di atas tidak boleh dijangka sehingga memerlukan kajian PhD? Adakah pihak KPM tidak mampu mengkaji / dptkan feedback / berfikir akan 4 faktor di atas? Adakah pelajar akan declare bahawa SS tak berjaya dan patut dimansuhkan sahaja? So what? KPM perlulah bekalkan makmal, technical support, software dan latihan guru… tu jer… tak payah ler nak buat kajian lanjut…. Jadi kajian spt ini tidak sesuai sebab boleh dijangka dan tidak menambah kepada teori secara signifikan.... Kesimpulan: Simpulkanlah sendiri….. jgn terbelit tangan dan kaki…. tak tahu apa yang dikaji…. lantas memakan diri .. dan menghakis motivasi !! ...servis Terjemahan Thesis, Proofread Jurnal & Transcribe Audio ke Teks -> www.MyCambridge.blogspot.com.
|
|
|
Post by ejamuan on Sept 3, 2019 8:51:41 GMT 8
Tajuk 1435 : Research context dan discussion of findings.. 1. Masih ada yg tanya lagi.... knp mesti tulis mcm ni? "Findings of the study indicated that …. thus this finding is in line with that highlighted in X (2012) study. This finding is also supported by other research, such as that by Y (2009) who reported …" 2. Research Context (RC)? RC adalah semua aspek yg berkaitan dgn kajian spt persekitaran social.. budaya... amalan.. lokasi / setting dan reka bentuk kajian. Dapatan dari kajian yg bbeza... dlm konteks yg bbeza mmberikn interpretasi berbeza, lebih2 lagi dlm kajian social science. Menggunakan instrumen dan sample yg bbeza dari kajian anda juga mbawa interpretasi yg berbeza. 3. Maka... bukan satu keperluan mjadikan dapatan kajian2 lepas sbg 'menyokong' atau tidak dapatan kajian anda ... sdgkn kajian2 tsbut blaku dlm konteks yg berbeza. 4. Kajian obersi misalnya terus2an dibandingkn dgn dapatan kajian sendiri sdg konteksnya mungkin saja jauh berbeza. 5. Apa yg lebih utama adalah mengupas dapatan kajian anda sendiri yg dikaitkan dgn data yg diperolehi serta theoretical dan conceptual framework yg mjadi asas kajian (quantitative) anda. Upah menaip Thesis/Jurnal (EXpress - Kaedah REWRITE/PARAPHRASE) -> www.MyCambridge.blogspot.com.
|
|
|
Post by ejamuan on Sept 24, 2019 11:13:09 GMT 8
10 ciri-ciri issue / problem yang sesuai utk master / PhD utk difikirkan... 1. Evidence of novelty (something "new" in order to contribute / extent the knowledge) 2. Not necessarily unique but significant to the scholars in the same area 3. Crucial, urgency and important to international community / readers in the same field 4. Availability of references, instrument 5. Doable in a given period of time 6. A good theoretical background which student can determine the functional relationships between variables and support multiple perspectives. 7. Address an issue / problem related to student as a practitioner (if applicable) 8. Researchable - be able to collect data to answer the RQ 9. Maximize the potential of student as an independent researcher Ciri-ciri inilah yang perlu difikirkan sebelum finalized isu / problem yang ingin dikaji... tak perlu pening2 nk kena explain gap.... ...Khidmat Terjemahan BM - English (Sijil,Jurnal,Abstrak,Tesis) / Proofread / Transkripsi >> MyCambridge.blogspot.com .
|
|
|
Post by ejamuan on Oct 15, 2019 11:05:27 GMT 8
Macam mana hari ini aku boleh bukan setakat bercakap, bahkan menulis dalam Bahasa Inggeris? Aku ini asal tak pandai pandai cakap orang putih. Di sekolah pun, kelas hujung-hujung aja. Cikgu sampai menangis sebab kami nakal. HYPE Ingat lagi waktu aku kelas Bahasa Inggeris, cikgu sampai panggil aku ke hadapan suruh aku eja perkataan ‘which’ sebab aku asyik tulis ‘wich’. Dengan yakinnya aku jawab ‘wich’. Dua tiga kali dia ulang tanya, aku jawab benda sama, terpancar sinar kesedihan di mata dia. Bapa aku memang pandai ‘speaking’. Daripada beliaulah aku bina keyakinan yang aku juga boleh bercakap gaya ‘British born’. Masuk UiTM, kelas BEL 100 (Basic English Learning) aku suka tapi memanglah aku tak boleh nak pandai. Sebab enjoy sangat kehidupan, kawan-kawan semua cakap Melayu maka aku lupa sekejap cita-cita murni tadi. Sampailah aku jadi minat pada rakan sekelas asal PJ. Budak sekolah Sri Aman, cakap English berhabuk. Tapi aku tak dapat cara lagi. Macam mana nak ‘klik’ dengan dia. At a point, rasa ‘she is out of my league’. Pendek cerita, aku berkenalan dengan geng debat. Sebab English aku teruk maka aku pasrahkan masuk pasukan Bahasa Melayu. Tajuk pertama aku bahas adalah ‘Melayu adalah Bangsa Yang Layu’. Terkesima aku sekejap. Jadah apa benda aku nak hujah ni. Lepas sesi, geng debat English cucuk jarum, mereka berjaya buat aku rasa boleh masuk dengan otak mereka. Paling penting, mereka buat aku yakin bahawa debat Bahasa Inggeris bukanlah hanya milik orang yang sedia pandai berbahasa itu. Motion pertama aku masuk adalah ‘Green is an unhealthy colour’, aku partner dengan Sir Nazim, lawan aku adalah Iqbal Hafiedz Edzral Armin dan (arwah) Edzuan Zakaria. Nazim jadi 1st speaker dan whip. Aku jadi 2nd speaker. Aku berdiri tak sampai 4 minit, aku bercakap tak sampai 2 minit rasanya. Dan ya, sebab paling kuat dorong aku redah juga benda ini adalah aku nak jadi pandai barbahasa penjajah ini sebab aku nak ngorat wanita PJ tadi. Dan akhirnya memang aku jadi pandai. ....Kelas English Dewasa (MUET / iELTS / Kerja) >> MyCambridge.blogspot.com Tidaklah sampai berslanga ala James Bond tetapi sekurang-kurangnya kalau kau campak aku tengah orang putih aku tak takut. Nasib baik mak bapak aku sempoi. Mereka sokong dengan cara benarkan aku hadir ke segala latihan dan pertandingan di mana sahaja. Izin tu yang mahal bhai. Pertandingan debat dunia, Asia dan Australasia aku sampai. Wakil SIFE Malaysia ke Barcelona (ranked top 6 in the world), dan program pertukaran pelajar ke Amerika juga aku merasa. Dan itu dikecapi selepas beratus-ratus sesi ‘memalukan diri’ depan kawan-kawan, di khalayak ramai dan pergi tournament sepatah haram tak faham apa orang kata sebab mereka cakap laju sangat. Paling aku bangga – pernah dipanggil ‘ahli neraka’ sebab bertutur bahasa ini di gerai makan dalam kampus. Ada juga kes, budak yang kutuk aku poyo datang menyembah di bilik minta aku tolong dia siapkan assignment essay. Entah macam mana aku boleh jadi Presiden Persatuan Bahasa Inggeris UiTM Arau pula. Perkara utama aku nak sampaikan di sini adalah, lingkungan rakan yang kau sertai akan membentuk kau. Dan lingkungan itu takkan selalu ada. Edzuan yang memang banyak bantu aku, kini dah pergi menghadap ilahi. Ingat wanita Sri Aman tu? Beliau juga baru sahaja pulang kepada Sang Pencipta. Ingatlah. Peluang itu selalu hadir, tinggal kau sahaja nak rangkul atau tidak. Bila ia berlalu pergi, jangan lagi kau ratapi. Itu adalah akibat kebodohan dan kemalasan diri kau sendiri. ....Kelas English Dewasa (MUET / iELTS / Kerja) >> MyCambridge.blogspot.com .
|
|
|
Post by ejamuan on Oct 29, 2019 10:11:39 GMT 8
Correlation / Regression – Ape kebendenyer maksud R2 tu? Sebaik sahaja aku ingin melabuhkan punggungku di atas kerusi empok…. Tiba-tiba hp Samsung S2 aku bordering dengan lagu Lamunan Terhenti Apa lagi….kompom....lamunan aku terhenti seketika….. Assalamualaikum bro…. boleh wa tanya satu soalan tak bro… Pagi yang hening….. otak pentium IV aku ni tiba-tiba ingin diuji lagi. Apa hal….. aper yang ko nak tanya… Wa buat kajian korelasi dan regressi bro…hubungan IQ dan EQ…..boleh ke wa kata….. If R2=0.60 (R square = 0.60), then 60% of the variance in IQ can be explained by variation in EQ..or 60% of the variance in IQ can be explained by the variation in EQ. R2 is the percent of the variance in IQ, explained by the EQ. Perrfect…. Just perfect !! Tapi bro…. wa masih confused ler… Lu kata dalam linear regression, kita tak boleh buktkan apa2 causation, abis apa maksud “60% of the variance in IQ can be explained by variation in EQ” …. Wa betul-betul tak faham…. Apa yang ko tak faham…. Jika dah 60% variance bagi IQ boleh “diterangkan” oleh variance dalam IQ…. Bukankah itu bukti adalah causal relation antara IQ dan EQ !! Bukan ko jer yang tak faham…. Wa pun masa ikut kelas statisik dulupun tak faham….. bertahun2 tak faham…. Main tulis jer…. Macam tu ker bro..abis? Nilai R2 (R square) atau dipanggil “coefficient of determination” membawa maksud “bila IQ berubah (variance ler tu) maka EQ juga berubah (variance jugak ler tu). Maka R2 membawa maksud IQ dan EQ sama2 berubah dalam satu bentuk atau corak yang sama atau sistematik dengan berkongsi 60% persamaan perubahan tersebut. Ini menunjukkan adanya hubungan (korelasi) antara corak perubahan IQ yang dapat dijelaskan sebanyak 60% oleh perubahan corak EQ. 40% lagi variance antara IQ dan EQ dijelaskan oleh faktor2 yang lain ler....Jika dalam gambarah venn boleh dilukis sebagai: Jadi tak timbul persoalan IQ menyebabkan sesuatu kesan kepada EQ atau sebaliknya. Kedua2nya hanya berkongsi satu corak variance yang sama secara sistematik sebanyak 60 %.... itu sahaja.... jgn ko nak lebeh2 tafsir ler pula. Atau ko boleh faham macam.....ada sebanyak 60% skor IQ meningkat, sama juga ada 60% skor EQ meningkat (bukan skor IQ yg menyebabkan skor EQ meningkat.....atau sebaliknya tapi masa2 meningkat......). Makin besar peratusan ini, makin kuat salah satu variable tersebut menjadi predictor kepada yang satu lagi....Ingat...kalau dah ada corak perubahan yang sama, bolehlah salah satu jadi peramal.....wa cakap lu.....peramal.. yang baik kepada yang satu lagi... bukan penyebab.... Macam tu ka bro…abis camana nak tahu samada IQ mempengaruhi EQ? Kalau nak tahu perkara tersebut, lu kena buat kajian eksperimental....bagi mengetahui kesan IQ terhadap EQ. Jika sekadar kajian correlation / regression bukannya reka bentuk experiment….lu hanya mengetahui kekuatan dan arah hubungan antara kedua predictor tersebut...bukannya causal relationship!! ....Upah buat thesis ->> www.MyCambridge.blogspot.com.
|
|
|
Post by ejamuan on Nov 19, 2019 10:22:08 GMT 8
saya ingin menyentuh sikit tentang strategi mendapatkan material LR dengan cepat, khusus bagi yang baru menjadi calon PhD ataupun master. Mereka yang dah senior tentu sedar teknik ini. Katakan anda mempunyai tajuk bekerja (working title) seperti; THE DEVELOPMENT OF COMPUTER-ASSISTED LANGUANGE LEARNING (CALL) FOR LEARNING ARABIC USING MOODLE. Apa yang anda perlu lakukan adalah mencari beberapa artikel paling terkini (2 - 3 tahun kebelakangan) yang paling relevan dengan tajuk anda. Dalam mencari jurnal, anda akan sedar samada tajuk anda adalah "a current topic" yang berada dalam mainstream ataupun tajuk syok sendiri yang sekadar melukut ditepi gantang. Pencarian juga akan memberi anda peluang mencari fokus kajian yang lebih baik. Katakan andapun terrjumpa artikel bertajuk; "Using Moodle in EFL Courses in a Japanese IT University" (Brian, 2009). "The spread of computer-assisted language learning (CALL)(Chapbell, 2010). Ada dua keywords penting dalam artikel di atas iaitu MOODLE dan CALL yang sangat releven dengan tajuk anda. Abis apa nak buat dengan pilot article ini? Dinamakan pilot sebab artikel ini akan memandu anda mencari tajuk yang lebih fokus... dan berada dalam mainsream. Lagi banyak pilot articles lagi mudah laluan anda dalam mencari fokus dan hala tuju kajian anda. Katakan pilot artikel ini ada 20 rujukan setiap satu, maka jika 2 pilot akan memberikan anda 40 tajuk kajian lepas dibahagian bibliography / References. Bahan rujukan diakhir muka surat artikel2 pilot ini akan menjadi snow ball kepada rujukan2 yang lain dan snow ball ini terus bergerak apabila anda menjupai lagi pilot artikel amhupun artikel2 yang relevan hingga snow ball tersebut menjadi besar. Jika anda bernasib baik, anda akan menjumpai Pilot Article yang terkini dengan rujukan yang mencukupi untuk anda teruskan pencarian anda ke belakang mengunakan teknik snow ball ini. Jika anda masih gagal mencari pilot article wpun dah "satu semester" mencarinya, ini bermakna tajuk anda perlukan perubahan.... Kenapa perlu lakukan ini? Ini kerana anda memerlukan rujukan artikel yang banyak dalam LR anda bagi menyediakan asas yang kukuh utk kajian anda. Dengan pilot article dan process pencarian snowball, anda akan dapat mencari artikel yang relevan dalam masa yang lebih singkat. >> Upah buat Thesis/Jurnal (Express dgn kaedah Rewrite/Paraphrase) & Membuat RESUME >> MyCambridge.blogspot.com.
|
|
|
Post by ejamuan on Dec 10, 2019 8:46:57 GMT 8
5 langkah awal buat calon master / PhD - Literature Search vs Literature Review
istilah Literature Search (LS) jarang disebut, jarang dibahas…..apatah lagi utk diamalkan…. yang banyak diulas dalam research methodology adalah istilah Literature Review (LR).
Apa bezanya dua istilah tu?
Aku tak nak ulas istilah LR…. Semua dah tahu, apatah lagi ko pun kena siapkan satu Chapter khas untuk LR dalam thesis…. LR adalah penulisan dan kupasan analitikal dan kritis kajian2 lepas bagi menjustifikasikan apa yang ko buat.
Literature Search adalah langkah awal yang wajib dilakukan oleh siswazah sebaik sahaja mendaftarkan diri, lama sebelum ko boleh menulis LR......namun jarang diberikan penekanan. Jika jumpa kawan2 selalunya ditanya "Apa tajuk kajian ko?"
Abis tu bro, nak tanya apa lagi?
Patutnya tanyalah "Setakat mana dah ko buat Literature Search?" Selagi tak buat LS ni secara intensive jgn ler nak sibuk2 cari tajuk kajian...
Jadi apa LS tu?
LS adalah usaha pencarian material yang perlu dibaca serta dan diteliti dan di explore bagi mengetahui perkembangan dulu dan kini serta perbincangan semasa dalam bidang yang ingin di kaji. Jika ko terfikir utk membuat kajian “computer in education”, ko kena buat “intensive literature search” terlebih dahulu utk menyorot perkembangan aplikasi komputer dalam pendidikan sejak dulu hingga kini supaya ko dapa mengesan gap yang masih perlu dikaji sebagai contribution ko.
Jadi kena buat LS dulu ker bro?
Ko kan tahu, sebaik sahaja mendaftarkan diri sebagai calon master atau PhD, ramai yang memulakan langkah dengan mencari tajuk yang sesuai untuk dijadikan kajian. Pencarian tajuk dikatakan akan memudahkan lagi pencarian bakal supervisor. Ialah…. kalau tak ada tajuk macamana nak cari supervisor yang sesuai.
Emm ok…
Tapi ramai juga yang sarankan calon PhD terlebih dahulu mencari bakal supervisor bagi memudahkan perbincangan dalam pencarian tajuk kajian.
Emm ok jugak…
Jadi timbul pertanyaan, langkah manakah yang patut didahulukan – mencari tajuk kajian ataupun bakal supervisor?
Aah….. aku fikir buat ler dua2 serentak abis citer !
Kat sinilah silapnya. Aku berpendapat, pencarian bakal supervisor mahupun tajuk kajian bukanlah langkah terbaik sebaik sahaja bergelar calon PhD. Sebab itulah calon PhD takut nak jumpa supervisor sebab tak kuasai apa yang nak dikaji... malah tak surepun apa nak buat. Kalau ada tajuk kajian pun, datang dari ilham bukannya pembacaan yang mendalam. Bila kena sergah sikit je... terus tukar tajuk lain !
Abis tu?
Langkah terbaik bagi calon PhD adalah membuat intensive literature search dahulu. Langkah ini adalah pencarian artikel dalam jurnal yang relevan dengan bidang kajian.
Susahlah macam tu bro…. belum apa2 dah kena baca itu dan ini!
Inilah yang ramai salah tanggap. Kecanggihan ICT dan kemudahan online menjadikan usaha pencarian literatur satu langkah yang semakin mudah yang boleh dilakukan di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Tambah dgn lap top ko yang canggih tu. Kalau setakat nak ber facebook, tak yahlah yang canggih2. Pencarian literatur adalah usaha mencari rujukan secara komprehensif dan mengasingkan rujukan yang releven. Sebab itulah ko kena buat kajian dalam bidang yang ko ada pengetahuan supaya ko dapat memahami wpun secara kasar dari artikel2 kajian lepas dan cuba mengumpul2kan semua artikel2 yang relevan. Then apa lagi... ko simpan dulu dalam Desktop Mendeley ko..... barulah kerja2 penulisan proposal dan LR selepas itu menjadi cepat dan efficient.
Nak buat PhD biar clear dari awal.... jgn blur-blur
Abis kat mana nak cari bahan2 tu?
Iskh…. Banyak betullah soalan ko? Apa yang ko buat masa dapat master dulu…. Ko tak buat LS ker? Ko bukak jer web library university ko…. Banyak ler data base online yang disediakan. Ni tak.... kejap2 bukak facebook.... itu jer kejer ko....
Berikut aku bagi sebahagian daripadanya….sumber berikut menyediakan pengkalan data yang lengkap seperti jurnal dan tesis untuk diterokai:
- EBSCOhost - Emerald - Proquest Dissertations and Theses - SAGE Journals online - World Scientific Computer Science Journals - Springer Link - American Institute of Physics - ASCE Online Journal - Taylor & Francis Group - Wiley InterScience - IEEE Xplore - Oxford Journal - Water and Science Technology - Management Science
Wow banyak nyer!
Memang ler.... dalam data base tu ada ribuan jurnal dan jutaan articles.... Ini belum ditambah dgn buku2 yang membincangkan asas dan theory2 yang ko kena dalami lagi..... seronok per bila jumpa artikel2 yang releven..... Jadi usaha pencarian literatur ini adalah langkah awal yang perlu dilakukan supaya calon PhD mempunyai asas yang menyeluruh terhadap perkembangan semasa dalam bidang kajian masing-masing. Usaha ini akan memberikan idea dalam mencari jurang-jurang kajian (research gaps) yang masih perlu diterokai sebagai “the contribution to the body of knowledge”. Calon PhD boleh mulakan pencarian dan pembacaan artikel-artikel yang relevan secara ringkas (seperti meneliti abstrak dahulu) sehingga mendapat satu fokus yang sesuai dengan minat dan pengetahuan yang dimiliki.
Tu hanya sebahagian jer lah.... pening dulu tak per asal jgn pening sepanjang jadI calon PhD. Berikut contoh 5 langkah menjalankan LS bagi kajian Computer in Science Education.....Katakan ko baru buat LS utk 2 sumber sahaja iaitu SAGE dan Wiley, lalu dapat mengumpulkan 150 articles. Then ko lakukan screening lalu berjaya mengumpulkan 40 articles yang relevan dengan kajian ko. Then barulah ko baca 40 articles tu dengan lebih mendalam....Langkah ini hanya sebagai panduan sahaja.... ko bolehlah buat langkah2 ko sendiri....
Step 1: 150 articles screened (retrieved from keyword and citation searches) SAGE - Science Education, Journal of Science Education Wiley - Journal of Science Teaching, Computer in Science Teaching
Step 2: 50 out of 150 articles were excluded because the articles related to computer programming, not education
Step 3: 100 articles screened for detailed evaluation
Step 4: 60 out of 100 articles were excluded: 20 articles related to computer acceptance not application 10 articles out-dated articles 20 articles inaccessible / not in English 10 non peer reviewed articles
Step 5: 40 relevant articles retrieved form SAGE and Wiley included for computer in education studies (save these articles in Mendeley and back-up in Dropbox !!)
Mengapakah langkah ini perlu dilakukan mendahului langkah mendapatkan supervisor atau mencari tajuk kajian?
Zaman mengumpul printed material macam ni dah berakhir.....digitalised kan cara anda mengumpul artikel yang relevan dalam DROPBOX dan MENDELEY supaya kerja penulisan menjadi cepat dan efficient
Emmm…. Cer lah ko bagi tau..
Ada at least 5 kelebihan yang ko kena tahu…
Pertama: Pencarian literatur akan membiasakan calon PhD dengan jurnal-jurnal utama, penyelidik-pengarang yang dominan, terminologi utama, perkembangan teori serta analisis data yang sering digunakan dalam kajian terdahulu. Langkah ini akan memberikan idea akan perkembangan semasa dan jurang kajian yang boleh diterokai. Penentuan jurang kajian akan memudahkan calon PhD mencari supervisor yang mempunyai kepakaran yang sama dalam bidang yang berkaitan dengan pengisian jurang kajian tersebut.
Kedua: Langkah pencarian literatur akan memberikan gambaran awal kepada calon PhD akan pernyataan masalah, objektif, persoalan kajian yang lazim dikemukakan dalam bidang kajian dan sekaligus menghasilkan tajuk kajian yang mantap. Langkah pencarian literatur akan mengurangkan tindakan bertukar-tukar tajuk kajian. Fenomena bertukar-tukar tajuk kajian berlaku kerana calon PhD tidak membuat pembacaan yang menyeluruh dan hanya memilih tajuk berdasarkan andaian atau pembacaan yang dangkal. Apabila tajuk yang dipilih tidak mempunyai rujukan yang mencukupi bagi menyediakan sorotan literatur kemudiannya, maka ramai yang mengambil jalan mudah dengan menukar tajuk kajian.
Ketiga: Langkah pencarian literatur juga akan menyediakan calon PhD dengan artikel-artikel yang relevan dalam menyediakan proposal. Artikel-artikel terkini yang relevan boleh menjadi “pilot articles” yang menyediakan senarai rujukan-rujukan lain yang berkaitan. Calon PhD hanya perlu melakukan proses “snowball” bagi mendapatkan lain-lain rujukan yang relevan berdasarkan senarai rujukan dalam “pilot articles” tersebut. Pencarian literatur akan menyediakan senarai rujukan yang secukupnya untuk menyediakan penulisan yang analitikal dan kritis bagi BAB SOROTAN LITERATUR secara khusus dan penyediaan tesis secara umum. Penulisan tesis adalah penulisan ilmiah yang memerlukan rujukan yang lengkap, mencukupi termasuklah yang bersifat semasa sebagai tulang belakang kajian yang dijalankan.
Keempat: Langkah pencarian literatur juga akan mendedahkan calon PhD kepada reka bentuk kajian, teknik persampelan, analisis data serta dapatan utama dalam kajian-kajian terdahulu. Ini akan memudahkan calon PhD mempersiapkan diri dengan membuat pembacaan yang lebih mendalam terhadap aspek-aspek tersebut. Calon PhD boleh mengambil langkah pro-aktif dengan mengikuti bengkel yang dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman seperti bengkel SPSS untuk analisis data.
Kelima: Langkah pencarian literatur akan meningkatkan keyakinan calon PhD untuk memulakan perbincangan secara lebih komprehensif dengan bakal supervisor dengan mengajukan pertanyaan secara yang lebih khusus dan menjurus kepada kajian yang akan dijalankan. Justru itu, calon PhD akan mendapat maklum balas yang lebih lengkap dan signifikan.
Ko kena tahu bro….master atau PhD adalah pengajian “student-and-research centered” yang memerlukan ko kehadapan dalam menguasai bidang kajian bukannya supervisor yang hanya bertanggungjawab membimbing berdasarkan pengalaman yang mereka miliki. Tidak kira siapapun supervisor dan apapun tajuk kajian, calon PhD lah yang bertanggungjawab terhadap kajian yang dijalankan.
Aah patutlah ramai calon PhD yang tidak melakukan pencarian literatur teraba-raba mencari arah, kerap kali bertukar tajuk serta gagal mengadakan perbincangan yang produktif setiap kali bertemu dengan supervisor. Bila supervisor tanya sikit dah menganga tak tahu nak jawab.....
Tahu tak per….. jadi bila ko jumpa jer junior2 ko yang baru daftar master atau PhD.... ko tanya..."Bro.... dah buat literature search ke?" "Berapa ratus artikel dah dikumpulkan" "Dah save dalam Mendeley ker?" "Dah buat backup dalam dropbox?" dan pertanyaan2 yang sewaktu dengannya.... bukan lagi "Apa tajuk kajian ko bro?"
|
|
|
Post by ejamuan on Jan 21, 2020 13:34:30 GMT 8
Kenapa PhD mesti tebal? Aku suka karipap yg kulitnya nipis.. Ramai yang kecoh2 PG mesti baca jurnal sampai beratus… malah beribu artikel.. tak PhD kalau tak membaca sampai menangis… malah baca buku mesti dari kulit ke kulit… baca sampai ke artikel akar umbi… malah kalau buat proposal mesti sampai beratus mukasurat sebelum boleh defense… LR dalam proposal pulak mesti tebal2, mendalam dan semua tu mesti ada supaya sampai tahap PhD ! Betul ke? Aku cuma nak tanya… kalau itulah kebenarannya, baik wujudkan sahaja PhD dgn coursework… tak yahlah sibuk2 tulis proposal ratusan mukasurat, gantikan saja dengan tugasan siapkan 10 review paper dgn setiap paper mesti review 50 -100 artikel. Kalau boleh tambah lagi kupasan 10 buku dan setiap kupasan mesti melebihi 300 pages ! Kalau beginilah baru dikatakan maqam PhD… kenapa tidak? PhD dan research. Pengetahuan boleh dicari dgn tugasan2 yang disebutkan diatas… malah ramai yang boleh membaca dan mendalami banyak perkara tanpa PhD pun. PhD dan research tak dapat dipisahkan. Research adalah satu kemahiran unik. Membaca jurnal dan apa sahaja rujukan utk membuat research lebih bertujuan menjustifikasikan keperluan kajian yang dilakukan dgn menjurus hasilnya kepada sumbangan utk lebih memahami pengetahuan semasa. Kemahiran membuat research dgn teliti dan memahami setiap langkah yang diambil serta aspek2 methodology itulah yang menjadi keperluan adanya research dalam PhD, bukan LR yang menjela yang perlu dicungkil sampai ke akar umbinya. Proses membuat kajian inilah yang perlu diletakkan keutamaan.. dipantau utk dikuasai PG… dan sebahagian besar masa diperuntukkan utk kajian dijalankan dgn teliti… lalu meningkatkan validity dan significant dapatan utk dikongsi dalam jurnal berimpak tinggi. Sebab itu jugalah artikel2 perlukan dapatan yang hebat dgn teori yang precise dan concise sahaja, bukan yang mnjela2 dan bergulung2 macam roti jala. PhD tidak akan lebih baik dgn membaca 1000 artikel sehingga dicari asal usulnya tapi PhD yag baik berasaskan kajian dan pilihan bacaan yang teliti yang akhirnya memberi “wisdom’ dan ‘insight’ kepada pengetahuan yang ada, mempersiapkan diri sebagai independent researcher selepas bergraduat. Malah… tiada masalah pun kajian yang hanya berasaskan teori semasa yang simple tetapi dikaji secara teliti dan mendalam sebagai proses latihan menjadi researcher yang kompeten. Kajian PhD yang hebat2 datang dari idea yang hebat….penerokaan ilmu yang novel... yang menyumbang kepada kemajuan pengetahuan menuju masa depan.... bukan dari pembacaan meleret yg dibuat2… dan apa masalahnya tesis PhD yang nipis tetapi menghasilkan dapatan yang lebih “mengancam” ? Aku lebih suka karipap yang kulitnya nipis supaya terasa inti di dalamnya dari karipap yang kulitnya tebal…mengelembong akibat terlebih tepung! ... Khidmat Proofread & Terjemahan B.M - English (Jurnal,Thesis,Abstrak, Website) ->> www.MyCambridge.blogspot.com .
|
|
|
Post by ejamuan on Mar 3, 2020 10:20:36 GMT 8
Adakah SV kompeten ? Mesej ni baru saya terima.... "... And now after the PD i felt like giving up entirely and quit my study. At the first place i wanted to do experimental method for my research, but in semester 2 my supervisor asked me to change the RD to qualitative approach. To my surprise during the defense all the panelist would have agree that my research is more approachable using the experimental method and now im back to square one. How do i even combine qualitative with quasi. Perhaps if u have any nearby workshop u can inform me since i am keen to meet u And i do hope that i can show u my writing and hoping to hear your feedback. Since the panelist cannot see the relevance of my research. I am so dissapointed and break down right now. All my hardwork for the past year didnt get any credits. To an extend, i do feel like quitting.." Komen ringkas: 1. Ini yang selalu saya tulis, ada SV yang kompeten dalam RD kajian dia sahaja maka apa sahaja masalah mesti ikut RD yang dia familiar. 2. Apa guna ada 3 assigned SVs kalau perkara sebegini boleh berlaku? 3. Betapa PG membuang masa, tenaga dan motivasi bila disyaratkan menyediakan proposal tebal2 persis mini thesis yang kemudiannya ditolak oleh panel PD. 4. Konsep menyediakan proposal begini dah lapuk dan patut diganti dgn simple dan brief proposal utk beberapa pages tetapi perlu dibentang dalam komiti beberapa kali sebelum PD. 5. Nature kajian quali dan quanti sangat berbeza dan tak sepatutnya berlaku kesilapan. ...Khidmat Terjemahan BM - English (Sijil,Jurnal,Abstrak,Tesis) & Proofread >> MyCambridge.blogspot.com ...Upah buat Thesis/Jurnal (Express dgn kaedah Rewrite/Paraphrase) & Membuat RESUME >> MyCambridge.blogspot.com.
|
|
|
Post by ejamuan on Mar 24, 2020 11:32:51 GMT 8
Kisah 1 - Satu message yang aku terima…dalam ShoutMix aku…spt berikut: Aku tak dapat bayangkan bila pelajar dah baca 50 artikel tapi tak jumpa2 GAP…. Sedangkan setiap artikel mengupas kajian sambil membincangkan latarbelakang kajian, the known and the unkown, variables, models hatta the future research. Pelajar boleh combine variables, ambil satu theory apply dalam different contact, hybrid the theories, upgrade dgn bina new model, validated the instruments dll… Bila aku baca message tersebut…. Byk soalan dari jawapan yang aku dapat Soalan apa? Research adalah proses belajar …. dimulakan dengan LITERATURE SEARCH….yang asasnya membaca secara INTENSIVE dan EXTENSIVE. Membaca melibatkan berfikir supaya dapat menguasai apa yang dibaca. Maka akupun terfikir….. apa pula jika pelajar tidak membaca secara intensive.... sedang yang membaca pun tak tahu apa nak buat? Terfikir lagi..... mana perginya SV yang bimbingannya diperlukan..... Kisah 2 – Potensi supervisee Pagi tadi aku menghirup kopi sambil bersembang dgn seorang calon PhD sebuah IPTA.. yang dah 3 semester. Dia menjelaskan bahawa kajiannya adalah bbentuk eksperimen utk lihat keberkesaan pengajaran satu subjek “kenegaraan” terhadap self-improvement dan jati diri pelajar menggunakan soal selidik. Aku termangu… kerana selepas 3 semester, calon PhD tersebut mengaitkan eksperiment dgn survey dan soal selidik…. mcm tak kena jer. Aku dengar sekali jer dah tahu…. pelajar tersebut tidak mendapat gambaran yg jelas antara kajian eksperimen dan survey….. takkan SV tak nasihatkan apa2…..lantas aku terus bertanya…. Mengapa buat survey sesuatu yang terlalu abstrak…. Sedang dia boleh melakukan kajian kualitatif…. Apa jawapan pelajar tu? Dia kata…. SV suruh dia fikirkan kajian survey hanya kerana SV cenderung kearah quantitative. Pelajar tupun diminta membaca….dan membaca…..tanpa arah tujuan. Setelah berkenalan lanjut aku dapati pelajar tersebut yang juga pensyarah IPTA banyak kelebihan ….bukan sahaja dia expert subject “kenegaraan” tersebut….. dia juga mengenali ramai pakar (sebahagiannya adalah kenalan beliau) dalam bidang "kenegaraan"dan kenapa tidak menggunakan kelebihan tersebut bagi menjalankan kajian kualitatif yang lebih mengupas isu yang nak dikaji secara mendalam… sambil menemuduga pakar2 tersebut. Sementelahan beliau pula tidak arif tentang SPSS malah tidak ada lagi instrument (soal selidik) utk kajian yang kononnya bersifat survey tersebut. Lagipun objektif kajian lebih memerlukan kupasan qualitatif bukan kuantitatif.. Jadi apa kesimpulan ko? Aku nak masing2 buat ler kesimpulan sendiri…. itu lebih adil…. 2. Khidmat Terjemahan BM - English (Abstrak, Thesis, Jurnal, etc) 3. Khidmat Proofread (semak & edit - buku, report, speech, etc) 4. Service Transcribe ( Tukar Audio/Video > text/Words ) - Survey, Minit Mesyuarat, Lecture 5. Upah Membuat Thesis/Jurnal EXPRESS (melalui kaedah Rewrite/Paraphrase) 6. Khidmat buat Resume / CV (English / BM) & Carikan Kerja >> Maklumat Lanjut disini >> www.MyCambridge.blogspot.com .
|
|
|
Post by ejamuan on Apr 29, 2020 12:39:57 GMT 8
Tajuk 826 - Not ALL research is about “MEASUREMENT” ! Aku ni “quantitative person”. I play with numbers. Kajian master / PhD aku juga quantitative. Aku juga penulis buku quantitative - SPSS. Namun, aku “getik” bila ada yang meremehkan kajian qualitative hanya kerana “tiada nombor yang berceranggah” dalam kajian qualitative. Not ALL research is about “measurement” ! Meh baca ni baik-baik…. Quantitative: Jika objektif kajian anda untuk mendapatkan data bagi sesuatu isu / masalah spt tahap pengetahuan, factor utama sesuatu amalan, skor pencapaian maka kajian kuantitatif adalah yang TERBAIK.. TUJUAN KAJIAN DISINI ADALAH “MEASUREMENT” menggunakan alat ukur / instrument utk mendapatkan data bagi mengetahui hubungan / mbandingkan variables then btujuan membuat generalisasi. Qualitative: Jika objektif kajian anda adalah utk membuat perbincangan yang mendalam terhadap sesuatu isu / masalah spt budaya, amalan kejayaan, pengalaman pemulihan dadah dll maka kajian kualitatif adalah yang TERBAIK. TUJUAN KAJIAN DISINI “ISN’T MEASUREMENT” tetapi perbincangan yang detail dan mendalam utk MEMAHAMI fenomena yang dikaji, lalu generalisation is not the main concern ! ...Khidmat Terjemahan / Proofread Thesis, Jurnal & Upah membuat Thesis -> www.MyCambridge.blogspot.com.
|
|
|
Post by ejamuan on Jun 2, 2020 12:05:41 GMT 8
Research Gap.... pulak dah > Disatu meja disebuah cafe di Canselori.... berlaku perbualan berikut yang bicarakan research gap spt definisi dalam photo. Tqvm yang berikan definisi tersebut.... X: Adakah ini bermakna kajian yang dibuat wpun telah diterima dan published dalam artikel masih ada kelompongan sana sini. Y: Aah.... kelompongan tu apa yang kajian lepas tu tak buat lagi. X: Mana u tahu apa yang tidak dibuat lagi? Y: Sebab tu kena baca sampai 1000 artikel baru tahu, kat mana kelompongan tu... X: Camner nak cari tu... sampai 1000 artikel nak baca? Y: Yang itu pandai2 sendirilah.... bacaaaaa jer.. baca dan baca dan baca.... sampai cukup.... sampai jumpa kelompongan, yang tak dibuat lagi.. X: O... camtu plak.... abis kalau cari yang tak dibuat lagi… macamana u nak tulis LR kalau yang u buat tu belum dibuat lagi? Y: Bukanlah macam tu…. maybe dah dibuat tapi kita buat pulak dalam konteks berbeza…. X: Hah? Dah ubah pulak definisi kelompongan? Iskhh.... kenapa pulak u nak buat konteks yang berbeza? Y: Sebab itu tak dibuat lagi? X: Tu jer sebabnya? Ic.... Y: Aah.... kadang2 bukan saja ubah konteks…. maybe guna variable yang tak digunakan lagi. X: Memanglah kajian lepas tak guna, sebab mereka guna apa yang berkaitan dgn kajian mereka sahaja, apa kena mengena dgn variable lain. Kenapa pulak u nak guna variable yang lain? Y: Kita ubahlah kajian sikit dan guna variable lain. X: O… maksudnya kelompongan tu yang kajian lepas tak buat macam tu…. memanglah dia buat kajian yang dia buat tu, sampai published… tentulah dia tak buat apa yang u fikir u nak buat. Ini bukan kelompongan, ini u saja nak ubah2…tak yahlah susah2 nak baca sampai 1000 artikel Y: Ala u tak faham maksud research gap tu… X: Abis signifikan dan novelty camner pulak? Y: Kalau dah jumpa gap macam ubah konteks dan variable… itulah kajian yang signifikan dan ada novelty yang bukan duplikasi.. X: Setakat tukar konteks… atau setakat guna variable lain ada jaminan ke signifikan dan novel, atau publisable? Bagaimana pulak jika ada isu semasa yg terkini dan terhangat berlaku dalam bidang kajian u.... nak kena cari kelompongan dulu jugak ker? Kena baca 1000 artikel dulu ker? Atau jika ada keperluan utk revised instrument pulak... itu pun kena baca jugak ke 1000 artikel dan cari kelompongan dulu? Y: Alamak.... susah lah nak explain dgn U ni… X: Kenapa susah nak explain? Y: Kalau senang bukan PhD namanya… ...Servis Upah buat Thesis (Rewrite) , Transkripsi Audio -> Text, dan khidmat buat Resume -> www.MyCambridge.blogspot.com.
|
|
|
Post by ejamuan on Jun 23, 2020 7:00:10 GMT 8
Adakah draft thesis mesti SEMPURNA dan LAIN dari yang lain ? Aku nak menulis skit pasal 2 saranan yg aku baca supaya…. Pertama: Jgn hantar draft selagi tak sempurna Research bukan bermatlamatkan kesempurnaan. Research hanya satu usaha utk mendapatkan jawapan yang boleh menjelaskan part and partial sesuatu fenomena atau penyelesaian masalah mengikut prosidur pengumpulan dan analisis data yang bersesuaian. Ini menjelaskan mengapa research dilakukan berulang kali dalam topic yang sama tetapi dgn beberapa modifikasi. Presentation di Aaolborg University, Denmark, Okt 2014 Tiada research yang sempurna, begitu juga penulisan thesis…. lebih2 lagi diperingkat PG. Tak percaya bagilah mana2 tesis minor / major correction yang telah di”sempurna”kan kepada penilai yang lain…. anda akan dapati wujud lagi kekurangan di sana sini… malah berbalah sesama panel akan sesuatu aspek dalam thesis adalah suatu lumrah malah acap terjadi dan sesuatu yang normal – jadi milik siapakah kesempurnaan itu? Kesempurnaan tak wujud bukan sahaja pada draf . Questionnaire pun tidak sempurna. Setiap satu item dlm questionnaire mempunyai error…. Begitu juga dgn analisis data yang semuanya berasaskan estimation, bukan perfection. Pemilihan sample yang walaupun random tetapi masih mengikut probability… apatah lagi yang bukan random dgn kewujudan extraneous yang tidak boleh dikawal? Tugas PG adalah utk menyediakan draft yang lengkap….dari segi structure.... format… kandungan - selebihnya adalah tugas SV utk menyemak dan verify standard draft tersebut berdasarkan “pengalaman” dan “expectation” SV. Thesis sebagai manuskrip hanyalah “partial requirement” bagi mendapatkan master / doctorate kerana pengetahuan dan pengalaman menjalankan kajian tidak dapat dicatatkan dalam thesis. Jadi hantarlah draft thesis yang lengkap dari segi structure, format dan kandungan bagi menepati kriteria sebuah thesis yang baik bukan yang “sempurna”. Pastikan draft tersebut bukan dibuat secara CINCAI dan dangkal…… ditambah dgn kesalahan ejaan dan format citation yg tak sepatutnya berlaku. Kedua: Jgn replicate kajian yang sudah dilakukan ! Research lebih2 lagi pada peringkat PG adalah replicated. Theory…. analisis data…. semuanya replicated…melainkan dilakukan sedikit modification disana sini bersesuaian dgn objektif kajian. PG masih dalam fasa belajar…. fasa mamahami…. fasa latihan akademik tahap tertinggi…. malah sebahagian besarnya bermula dari “zero”.... maka kajian mahu tidak mahu adalah satu replikasi sebahagian aspek dari kajian lepas…. bagi membolehkan proses pembelajaran berlaku secara intensif…. dalam bidang kajian masing-masing…. dgn modifikasi yang dilakukan boleh diterima sebagai contribution to knowledge… Ketahuilah bahwa PG diberikan seorang SV kerana mereka masih novice ! Seorang novice yang dilatih utk jadi expert dalam dunia research sgt memerlukan highly personalized experienced melalui latihan menjalankan research. Namun…. research bukan terhenti selepas mendapat PhD…pintu membuat research tidak pernah tertutup selepas graduated….maka sebab itulah tujuan PG membuat research adalah lebih kepada membina skills melalui proper research and realistic expectation … ....Khidmat Terjemahan Jurnal & Abstrak, Proofread & Rewrite/Buat Thesis ->> MyCambridge.blogspot.com.
|
|
|
Post by ejamuan on Jul 14, 2020 8:14:36 GMT 8
Antara cara terbaik mendapatkan tajuk kajian.... yg MANTOP ! Aku dah byk tulis tentang tajuk kajian... sampai aku lupa apa yang aku tulis. Ini satu lagi.... bagi memudahkan perjalananan anda menuju destinasi ! Matlamat buat PhD / Master antaranya: 1. Menguasai / dalami bpengetahuan khusus suatu bidang 2. Menyumbang kepada knowledge dari dapatan kajian 3. Menjadikan anda independent researcher yg ada skills Jika anda boleh mendapatkan satu atau beberapa buku yang khusus berkaitan dgn keyword kajian anda, terutamanya buku handbook terbitan terkini, buku spt ini memudahkan anda menguasai semua aspek yang releven dengan kajian anda. Contohnya kajian anda menggunakan keyword spt "Mobile Learning", "Learning Technology", "Learning Strategies" maka contoh buku berikut boleh menjadi asas kuat aspek teori dan trend yang telah dijalankan dalam kajian lepas. Wpun buku sumber sekunder, ia penting kerana penulis telah menggabungkan artikel terdahulu serta kupasan yang dilakukan dalam buku tersebut membolehkan anda tahu "what else need to be done" sebagai novelty yang signifikan... dgn syarat buku tersebut adalah antara terbitan terkini... Just to give an idea... supaya anda ada panduan yang telah dibukukan selain anda tidak lemas dalam himpunan artikel2 anda yang banyak tu..... ...Upah buat Thesis (kaedah rewrite) >> www.MyCambridge.blogspot.com...Service Terjemahan Jurnal & Proofread Thesis >> >> www.MyCambridge.blogspot.com.
|
|